Bengkel tersebut telah berjaya diadakan pada 29 hingga 31 Jan 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD kulaijaya. Pegawai PPDa Daerah negeri Johor telah merangka konsep bagi memperkasakan Progam Sifar Dadah Sekolah Rendah versi Johor.
Fokus program ini akan mensasarkan 100 buah sekolah rendah yg menjadi perintis kepada progam ini. Sekolah rendah pertama terlibat dalam program ini adalah SK Parit Jawa Muar.
Pemurnian modul akan dilaksanakan pada 19 Feb 2013.
Jumaat, 1 Februari 2013
BENGKEL PEMBINAAN MODUL PROSIDAR-J
Selasa, 22 Januari 2013
PELAKSANAAN MESYUARAT PENGURUSAN PPDa BIL 1.2013
Mesyuarat telah berjaya dilaksanakan pada 22 Jan 2013 bertempat di SMK Kamarul Ariffin , Labis Segamat. Tn. Hj Yasman Bin Jamsir. Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor telah hadir untuk mempengerusikan mesyuarat. Ahli mesyuarat terdiri daripada Pegawai PPDa Negeri Johor. Turut hadir, Pegawai-pegawai AADK dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Mesyuarat ini telah berjaya membuat penyelarasan program PPDa dan juga melibatkan kerjasama antara AADK dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Unit PPDa Negeri Johor telah berjaya menghasilkan Buku Pengurusan PPDa 2013 dan telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat. Semoga buku ini dapat menjadi panduan dalam memantapkan pengurusan PPDa. Unit PPDa juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada En. Baskaran, JU PPDa negeri atas usaha memberikan maklumat berkaitan pelaksanaan PPDa Corner dan Buletin PPDa di sekolah. Harapan pihak PPDa agar progam ini dapat diperluaskan ke semua sekolah di negeri Johor. Ahli mesyuarat juga telah membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa SMK Kamarul Ariffin. Tahniah atas segala usaha warga sekolah bagi memperkasakan pengurusan PPDa khususnya mewujudkan bilik sumber PPDa yg menjadi contoh di peringkat negeri dan kebangsaan.
Rabu, 4 Julai 2012
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012
- Pertandingan Boria PPDa Sekolah Rendah
- Pertandingan Dikir Barat PPDa Sekolah Menengah
- Pertandingan Video Kreatif PPDa
- Pertandingan Mencipta Lagu PPDa
- Pertandingan Laman Web/Blog PROSTAR
Sabtu, 19 Mei 2012
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa PETRONAS SEKOLAH MENENGAH
19 Mei Sabtu-
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn.Hj Shaharudin Bin Sharif, Ketua Sektor , Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor. Turut Hadir ialah En Nazaruddin wakil pihak Petronas, En Mustaffa selaku Ketua Unit PPDa, En Rosli wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Segamat dan En Jasmin wakil rasmi Pengetua SMK Gemereh serta pegawai- pegawai pendidikan pencegahan dadah negeri Johor.
Ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat khusus kepada fasilatator pelajar, jurulatih utama dan jurulatih eksekutif sahabat ppda petronas.
Khamis, 10 Mei 2012
TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa PETRONAS
Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Gemereh, Segamat. Perjumpaan ini menfokuskan pengisian, penyelarasan tugas dan pelantikan jawatankuasa khas. Diharapkan, segala gerak kerja akan berjalan lancar pada program yang akan berlangsung pada 19 Mei 2012.




