Ads 468x60px

Rabu, 4 Julai 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri Johor 2012 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Jun 2012 bertempat di SK Temenggong Abdul Rahman 1 dan SMK Mohd Khalid di daerah Johor Bahru. Antara pengisian karnival ialah beberapa pertandingan telah dilaksanakan iaitu :
  • Pertandingan Boria PPDa Sekolah Rendah
  • Pertandingan Dikir Barat PPDa Sekolah Menengah
  • Pertandingan Video Kreatif PPDa
  • Pertandingan Mencipta Lagu PPDa
  • Pertandingan Laman Web/Blog PROSTAR
Selain itu, beberapa agensi juga terlibat dalam pameran pendidikan iaitu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Md Hasidin Bin Hj Zaini, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Tetamu-tetamu khas yang juga hadir ke majlis ini adalah Tn. Hj Shaharudin Bin Sharif, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Tn Hj Bahrom Bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, En. Mohamad Nor Bin Musa, Wakil Rasmi Pengarah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor dan Dr Md Yusof Bin Mashood, Wakil rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua peserta yang menyertai karnival ini dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang karnival ini berlangsung.
Keputusan Rasmi : Klik Disini

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas dan sekalung tahniah kepada PPDa JPN Johor di atas Karnival yang berlansung di Johor Bahru. Saya berpeluang menonton persembahan Boria Di Sekolah Seni di mana mutu persembahan adalah membanggakan. Yang jelas sekali adalah mesej pendidikan pencegahan dadah berjaya diterapkan di dalam minda murid-murid yang mengambil bahagian. Dihatrapkan agar mereka dapat berkongsi keprihatinan mereka dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Cuma sedikit kecacatan adalah pemilihan pemenang pada hari itu yang mengambarkan penghakiman yang tidak professional kerana pemenang jelas sekali bukan yang terbaik. Malah rata-rata guru-guru sekolah seni yang datang menonton bersetuju banyak sekolah yang membuatkan persembahna yang jauh lebih baik dan menarik. Saya sedia maklum hakim-hakim adalah dari daerah yang sama. Yang paling menghairankan ialah sekolah pemenanng langsung tidak bersorak seolah telah mengetahui keputusan dari awal. Keputusan hakim adalah muktamat, yang menang tetap menang, tetapi jika negeri Johor inginkan wakil, PPDa di sarankan untuk menonton video persembahan pada pertandingan tersebut dan pastikan Johor tidak mendapat malu.
Guru-guru Sekolah Seni memberi keprihatinan. Doa agar wakil Johor akan memberi tentangan yang hebat! Salam.

Admin PPDajpnj berkata...

alhamdulilah.. tq atas komen anda.

Tanpa Nama berkata...

Reply to Tanpa Nama...
Pasukan yang menjadi johan Boria PPDa tu memang layak menang. Persembahan mantap dan bertepatan dengan konsep boria berbanding dengan pasukan kedua yang menghancurkan seni boria dengan memasukkan elemen Bollywood. Tak perlu penglihatan dari Sekolah Seni. Kami orang luar pun tau persembahan menarik penonton dengan elemen-elemen tarian yang melampaui konsep boria bukanlah pasukan yang baik untuk mewakili negeri Johor. Tahniah kepada wakil Johor. Semoga Anda Berjaya Mengharumkan Nama Johor.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan Tanpa Nama Yang Ke Dua. Pasukan boria yang memenangi tempat kedua tidak selayaknya menang. Mendapat tepukan gemuruh HANYA kerana diselitkan unsur sedikit lucah tarian Dangdut dengan Lagu Bollywood. Harap Guru Yang Melatih Prihatin dengan sogokan tarian anda. Bersama kita membina akhlak murni murid demi masa depan negara.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Maaf terlewat memberi komen dlm ruangan ini. Saya baru shj terbaca ruangan ini. Saya terpanggil utk memberi komen di sini kerana saya merupakan salah seorang guru PPDa (merangkap pengurus pasukan) yg ada menghantar pasukan boria pada hari pertandingan. Utk makluman, pasukan boria sekolah saya telah menyertai pertandingan boria karnival PPDa ini sejak 2004. Sepanjang penyertaan itu, saya dapat perhatikan pelbagai isu yg timbul sebaik sahaja penutup pertandingan selesai dijalankan. Pasukan kami juga pernah beberapa kali terseret dlm masalah yg sama. Persoalan saya, mengapa pihak penganjur tidak mengadakan sesi 'post-mortem' sebaik sahaja majlis selesai. Sesi ini pernah dijalankan dlm Karnival Sains di tempat saya. Sesi 'post-mortem' ini membentangkan kekuatan dan kelemahan dlm persembahan bagi setiap pasukan. Ia dpt membantu pasukan yg bertanding memperbaiki persembahan mereka dlm pertandingan yg akan datang. Saya harap pihak berkenaan bertindak segera sebelum terlambat.

Catat Ulasan