Ads 468x60px

Isnin, 2 Mac 2015

MAJLIS ANUGERAH PERTANDINGAN BILIK SUMBER & LALUAN PPDa 2014

Tarikh            :  28 Februari 2015
Tempat          :   Kompleks Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Majlis Anugerah Pertandingan Bilik Sumber dan Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2014 telah diadakan bersempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2015 pada 28 Februari yang lalu. Dalam pertandingan itu, empat buah sekolah telah mewakili Johor seperti berikut:

  1.  SMK Ledang, Muar                  -   Kategori Laluan PPDa
  2.  SK Kota Masai, Pasir Gudang   -  Kategori Laluan PPDa
  3.  SMK Kamarul Ariffin, Segamat  -  Kategori Bilik Sumber PPDa
  4.  SK Felda Nitar, Mersing            -  Kategori Bilik Sumber PPDa
Dalam pertandingan itu, SK Kota Masai telah menjadi johan bagi kategori laluan PPDa untuk sekolah rendah. Sementara itu, SMK Ledang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori laluan PPDa untuk sekolah menengah. Tahniah diatas kejayan ini. Semoga kemenangan ini menjadi penyuntik kepada sekolah-sekolah yang terpilih mewakili negeri Johor untuk bertanding di peringkat kebangsaan pada tahun ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan