Ads 468x60px

Khamis, 17 Januari 2013

MEREKAYASA PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH TAHUN 2013

Untuk makluman pihak tuan, selari dengan visi ‘Sekolah Bebas Dadah’ Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor ingin memastikan semua sekolah-sekolah negeri Johor memperkasakan mutu pengurusan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan pelaporan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah.
Sehubungan itu, adalah diharapkan pihak sekolah dapat mematuhi surat-surat pekeliling dan surat berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah dalam pelaksanaan program. Pihak sekolah juga perlu mengunapakai Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah yang telah dibekalkan ke sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan utama. Bahan-bahan berkaitan boleh di muat turun di Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Johor (http://www.moe.gov.my/jpnjohor) dan Portal Rasmi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPN Johor (http://www.ppdajpnj.blogspot.com) .

Bersama-sama surat ini dilampirkan pekeliling-pekeliling berkaitan dan tindak ikut kerja yang perlu dijadikan panduan kepada pihak sekolah. Adalah diharapkan, sekolah-sekolah Negeri Johor mengekalkan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan ‘Sekolah Bebas Dadah’. Sebarang pertanyaan dan cadangan sila hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di talian 607-2311489 atau email di ppdajpnj@gmail.com Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
LAMPIRAN
 SURAT (Surat)
 PEKELILING PPDa (Pekeliling)
 INSTRUMEN PEMANTAUAN (Lain-Lain)
 TAKWIM PPDa 2013 (Takwim)
 BORANG PELAPORAN KES DADAH (Lain-Lain)
 BUKU SLAD (Lain-Lain)
 SLAD (Lain-Lain)
 BORANG SOAL SELIDIK UJIAN URIN B4 (Borang)
 SISTEM SOAL SELIDIK UJIAN URIN (Perisian)

0 ulasan:

Catat Ulasan