Pengetua-pengetua ;
Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan status kes penglibatan murid-murid dalam penyalahgunaan dadah, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Johor ingin membuat Kajian Semula Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah. Adalah menjadi harapan kami agar pihak sekolah juga membuat post-mortem dan tindak susul terhadap perancangan dan pelaksanaan program yang melibatkan pendidikan pencegahan dadah.
Bagi tujuan di atas, bersama-sama ini dilampirkan format laporan ringkas pelaporan yang perlu dilengkapkan dan seterusnya menyerahkan sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p : Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah) sebelum atau pada 16 Jun 2012. Sebarang pertanyaan sia hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di talian 607-2311489 atau email di ppdajpnj@gmail.com. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
|
LAMPIRAN |
FORMAT LAPORAN PPDa (Lain-Lain) |
SURAT POHON LAPORAN PPDa (Surat) |
Khamis, 24 Mei 2012
PELAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan