Ads 468x60px

Khamis, 12 April 2012

KURSUS FASILITATOR SAHABAT PPDA PETRONAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

Nama program : KURSUS FASILITATOR SAHABAT PPDA PETRONAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

Tarikh : 08 hingga 10 april 2012

Tempat : La bella resort, Mersing

Sasaran : 78 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah

Pengenalan : progam sahabat ppda petronas adalah satu inisiatif kementerian pelajaran malaysia dan petronas untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan pencegahan dadah. Program ini telah berlangsung selama 4 tahun dari tahun 2009. Pada tahun ini, seramai 78 orang pemimpin-pemimpin pelajar dilatih untuk bertindak sebagai fasilitator dan seterusnya akan mengendalikan program orientasi sahabat ppda- petronas yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah menengah dan rendah

Matlamat : melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran membimbing dan memudahkan cara serta mampu menggunakan kemahiran tersebut untuk membimbing rakan-rakan lain bagi mencapai visi sekolah bebas dadah 2012.

Objektif :

Pada akhir program peserta-peserta dapat :

1. Memiliki pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.

2. Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya yang baik.

3. Mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dadah dengan berkesan.


0 ulasan:

Catat Ulasan