Ads 468x60px

Isnin, 20 Februari 2012

PELANCARAN PROGRAM RAHSIA & MINGGU ANTI DADAH 2012


Majlis pelancaran Program Minggu Anti Dadah dan Program "RAHSIA" Peringkat Negeri Johor 2012 Johor telah disempurnakan oleh Tn Hj Mansor Bin Abd. Aziz., wakil rasmi Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat pada 20 Februari 2012.
Semua pegawai PPDa negeri dan daerah hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah pegawai dari AADK, Pegawai Perhubungan Polis, YDP PIBG �serta pengetua bagi sekolah-sekolah perintis Program "RAHSIA" bagi daerah Batu Pahat. Majlis pelancaran bermula pada 8.30 pagi. Antara pengisian yang diselitkan dalam majlis ini ialah membacakan perutusan Minggu Anti Dadah, deklamasi sajak, persembahan koir dan lafaz ikrar Anti Dadah.


Untuk pertama kalinya, Program "RAHSIA" dilaksanakan khas untuk semua pelajar Tingkatan 4 SMK Dato Syed Esa. Dalam program ini pelbagai perkongsian maklumat dan input yang banyak untuk para peserta telah disampaikan oleh wakil JPNJ dan AADK. Soal selidik juga turut dijalankan dalam program ini. Pihak urusetia program juga berkesempatan ditemuramah secara langsung oleh pihak Radio Johor FM dalam usaha untuk mewar-warkan program ini kepada seluruh masyarakat di negeri Johor. Kerjasama erat daripada pihak penyiaran ini amat kami hargai dan mengucapan jutaan terima kasih.
Secara kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan outcome daripada porgram ini, para peserta secara asertif dalam menzahirkan "BERANI KATAKAN TIDAK PADA "RAHSIA". Bagi pihak Jabatan Pelajaran Johor juga, kami ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih serta tahniah khas untuk warga SMK Dato Syed Esa kerana berjaya menganjurkan majlis dengan cemerlang. Akhirnya, kebersamaan kita amat diperlukan dalam merealisasikan "SEKOLAH BEBAS DADAH 2012"









Klik DISINI UNTUK MELIHAT GALERI BERGAMBAR .

0 ulasan:

Catat Ulasan