Ads 468x60px

Rabu, 11 Januari 2012

PENCALONAN PERTANDINGAN SUDUT/ LORONG/ BILIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI 2012

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor

Untuk makluman pihak tuan, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan pertandingan tersebut bermula pada bulan Mac 2012. Proses pemantauan dan penilaian akan diadakan bagi memilih calon yang akan mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Sehubungan itu, pohon kerjasama pihak tuan mengenalpasti sekolah-sekolah yang berpotensi sebagai calon bagi pertandingan peringkat negeri tersebut. Sila lengkapkan maklumat pencalonan secara online di laman sesawang : http://ppdajpnj.blogspot.com/ sebelum atau pada 31 Januari 2012. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah  di talian 607-2311489 atau email di ppdajpnj@gmail.com  Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sistem Pencalonan Online : Klik Disini

0 ulasan:

Catat Ulasan