Ads 468x60px

Rabu, 11 Januari 2012

MEREKAYASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor


Untuk makluman pihak tuan, selari dengan visi “Sekolah Bebas Dadah 2012”  Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor ingin memastikan semua sekolah-sekolah negeri Johor memperkasakan mutu pengurusan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan pelaporan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah.

Sehubungan itu, adalah diharapkan pihak sekolah dapat mematuhi surat-surat pekeliling dan surat berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah dalam pelaksanaan program. Pihak sekolah juga perlu mengunapakai Buku Panduan Pelaksanaan  Pendidikan Pencegahan Dadah yang telah dibekalkan ke sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan utama.

Adalah diharapkan, sekolah-sekolah Negeri Johor mengekalkan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah 2012”. Sebarang pertanyaan dan cadangan  sila hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah  di talian 607-2311489 atau email di ppdajpnj@gmail.com  Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila muat turun surat berkaitam : Klik Disini

0 ulasan:

Catat Ulasan