Ads 468x60px

Jumaat, 20 Januari 2012

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR BIL 1.2012


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan telah melaksanakan mesyuarat tersebut pada 19 Januari 2012 di Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn. Hj Shaharudin Bin Sharif, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor.

Ahli-ahli mesyuarat yang dijemput hadir ke mesyuarat ini adalah terdiri daripada Ketua-ketua Unit SPK Daerah, Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah dan Penolong Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid Daerah. Turut hadir dalam mesyuarat ini dalah wakil daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor.

Antara fokus dan perbincangan bersama dalam mesyuarat ini adalah seperti Pelaksanaan Program "RAHSIA" , Perancangan Program PPDa tahun 2012, Pembugaran One Stop Center PPDa, Indeks Pengurusan Kualiti (IPQ) Pendidikan Pencegahan Dadah dan Penglibatan dan kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Semoga segala perancangan dan tindakan susulan akan memberi impak dan outcome yang terbaik dalam merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012.

0 ulasan:

Catat Ulasan