Ads 468x60px

Rabu, 12 Ogos 2009

PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2009







Majlis Perasmian Penutup telah berlangsung pada 12 Ogos 2009 di Dewan Terbuka, SMK Tasek Utara 2. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Abdul Aziz Bin Redwan, Ketua Sektor , Sektor Pembangunan Kemanusiaan.

Sambutan majlis tersebut disambut oleh pasukan kompang 1Malaysia dan Pemeriksaan Barisan Kontinjen Kadet Pertahanan Awam, SMK Tasek Utara 2. Majlis turut diserikan oleh persembahan tarian selamat datang dari SK Taman Pelangi Johor Bahru. Para tetamu juga terpegun dengan persembahan syarahan oleh Adik Lua Yu Jie dari SJKC Pu Sze Johor Bahru. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa pengelola yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Berikut ialah keputusan pertandingan :

Kategori Sekolah Rendah :
Johan : Aliah Suraya Bt Sallehudin - SK Convent, Muar
Naib Johan : Nur Hasanatul Bt Maarof - SK LKTP Kemelah, Segamat
Ketiga : Anis Aqilah Bt Jafridin - SK Taman Kota Jaya , Kota Tinggi

Kategori Menengah Rendah:
Johan : Amira Aisyah Bt Abd Aziz - SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
Naib Johan : Siti Nor Masjidil Bt Musa - SMK Paduka Tuan, Segamat
Ketiga : Amiera Wahyunie Bt Zainordin - SMK Dato Penggawa Barat

Kategori Menengah Atas:
Johan : Muhammad Zulhilmi B Zainurddin - SMK Felcra Bukit Kepong, Muar
Naib Johan : Affiqka Humaira Bt Abdullah - SMK Dato Hj Hassan Yunos, Kluang
Ketiga : Siti Aisyah Bt Tumin - SMK Dato Penggawa Timur, Pasir Gudang


Johan keseluruhan : Daerah Muar

0 ulasan:

Catat Ulasan