Ads 468x60px

Selasa, 19 April 2016

AKTIVITI PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR) 2.0 JOHOR

Program TOT PINTAR 2.0 adalah kerjasama di antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program berbentuk intervensi mensasarkan murid-murid sekolah rendah terutama murid tahap dua.

Program TOT PINTAR 2.0 peringkat negeri Johor telah diadakan bermula 11 hingga 12 April 2016 bertempat di Pusat Latihan Kejora, Tanjung Balau Kota Tinggi. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini. Sebahagian besar peserta adalah terdiri dari pegawai AADK negeri Johor manakala hanya empat orang peserta mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Peserta-peserta program telah didedahkan dengan modul-modul Program PINTAR 2.0. Semoga pendedahan ini akan membantu perlaksanaan program bila ia dijalankan nanti.

LAYARI FBPPDaJPNJ UNTUK LIHAT GALERI BERGAMBAR

0 ulasan:

Catat Ulasan