Ads 468x60px


Featured Posts

Bersama-sama kita Merealisasikan Sekolah Bebas Dadah dan Negara Bebas Dadah

Selasa, 13 Disember 2016

TAHNIAH


Tahniah diucapkan kepada En Mustaffa bin Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor bermula 20 November 2016. Seluruh warga kerja di Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) mendoakan, semoga tuan akan terus cemerlang dan sukses dalam kerjaya. 

Selasa, 19 April 2016

PEMANTAUAN KUNJUNG BANTU PPDa DI SMK TAMAN UNIVERSITI 2

Tarikh     : 18 April 2016
Hari        : Isnin
Pegawai :
  1. En. Alfian Bin Ramlan - Penolong Pengarah Pendidikan Pencegahan Dadah
  2. En. Aszlizam Bin Tobari - Penyelia Kanan Pendidikan Pencegahan Dadah





MAJLIS PENUTUP TOT PINTAR 2.0 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Tarikh                     : 12 April 2016 (Selasa)
Masa                      : 12.00 tengahari
Tempat                   : Dewan Pusat Latihan Kejora, Tanjung Balau
Ucapan Aluan         : En. Mustaffa bin Ibrahim, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, JPNJ
Perasmian Penutup : En. Abdul Rahman bin Hj. Hamid, Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Malaysia







AKTIVITI PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR) 2.0 JOHOR

Program TOT PINTAR 2.0 adalah kerjasama di antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program berbentuk intervensi mensasarkan murid-murid sekolah rendah terutama murid tahap dua.

Program TOT PINTAR 2.0 peringkat negeri Johor telah diadakan bermula 11 hingga 12 April 2016 bertempat di Pusat Latihan Kejora, Tanjung Balau Kota Tinggi. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini. Sebahagian besar peserta adalah terdiri dari pegawai AADK negeri Johor manakala hanya empat orang peserta mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Peserta-peserta program telah didedahkan dengan modul-modul Program PINTAR 2.0. Semoga pendedahan ini akan membantu perlaksanaan program bila ia dijalankan nanti.

LAYARI FBPPDaJPNJ UNTUK LIHAT GALERI BERGAMBAR

Sabtu, 16 April 2016

PEMANTAUAN KUNJUNG BANTU PPDa DI SMK SULTAN IBRAHIM

Tarikh     : 13 April 2016
Hari        : Rabu
Pegawai :
  1. En. Alfian Bin Ramlan - Penolong Pengarah Pendidikan Pencegahan Dadah
  2. En. Aszlizam Bin Tobari - Penyelia Kanan Pendidikan Pencegahan Dadah