Ads 468x60px

Khamis, 10 November 2011

Taklimat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Johor 2011


Pada 27-29 November yang lalu, Unit Pendidikan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengadakan pertemuan  dengan semua pegawai Penyelia PPDa daerah. Pertemuan itu diadakan di Hotel Pontian. En Mustafa Bin Ibrahim selaku Ketua Unit PPDa JPNJ telah mengetuai pertemuan itu.



Sebelum pertemuan itu, satu taklimat yang telah disampaikan oleh Tn Hj Shahruddin Bin Hj Sharif, Ketua Sektor, sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah disampaikan kepada semua pegawai yang hadir pada ketika itu. Taklimat tersebut diadakan di PPD Pontian. dalam taklimat itu, beliau banyak menerangkan tentang peranan setiap unit di Sektor Pembangunan Kemanuasiaan.


Hasil daripada pertemuan tersebut satu Program Rahsia telah dihasilkan. Program Rahsia ini adalah berbentuk ceramah bersiri yang bakal dilaksanakan di sepuluh buah sekolah menengah yang terpilih disetiap daerah. Selain daripada itu, dalam pertemuan ini juga telah banyak membincangkan tentang pengurusan dan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah yang bakal dilaksanakan.


0 ulasan:

Catat Ulasan