Ads 468x60px

Khamis, 18 Februari 2010

SAMBUTAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN TAHUN 2010

19 Februari 2010 adalah sambutan Hari Anti Dadah peringkat Kebangsaan. Jabatan Pelajaran Johor mencadangkan sambutan itu dilaksanakan di semua sekolah di negeri Johor mulai 15 Februari 2010 hingga 26 Februari 2010 dengan menjalankan beberapa aktiviti selama seminggu seperti berikut :-
  • Ikrar AntiDadah oleh semua pelajar semasa perhimpunan
  • Membaca Perutusan
  • Ucapan Pengetua/Guru Besar Sempena Hari Anti Dadah (mengandungi mesej Pendidikan Pencegahan Dadah) dalam perhimpunan.
  • Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah seperti ceramah, pameran, melukis poster, kuiz antidadah dan lain-lain program yang boleh menggalakkan peningkatan, pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar mengenai dadah.

Tema Minggu Anti Dadah pada tahun ini ialah "1Malaysia Membanteras Dadah".Sila muat turun bahan-bahan berikut bagi pelaksanaan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Tahun 2010 di peringkat sekolah. Sila muat turun bahan-bahan berikut bagi pelaksanaan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Tahun 2010 di peringkat sekolah.

  1. Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  2. Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit

0 ulasan:

Catat Ulasan