Ads 468x60px

Khamis, 23 Februari 2012

BENGKEL PEMBINAAN SISTEM MAKLUMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SECARA ATAS TALIAN


Tarikh : 23 /2/2012
Masa   : 09:00 pagi
Tempat : PKG Bandar Segamat.
Agenda Perbincangan :
Kehadiran : Pegawai PPDa Negeri Johor dan Pegawai AADK Negeri Johor
  1. Draf pembinaan kerangka konsep Sistem Maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah (SMPPD)
    • Antara maklumat yang akan dijana dalam sistem SMPPD ialah :
      • Rekod dan Kes Urin
      • Guru Penyelaras PPDa
      • Penarafan Kendiri PPDa
    • Bengkel pertama kali akan lebih menfokuskan untuk penyediaan Sistem Rekod dan Kes Urin terlebih dahulu. Antara perbincangan yang telah disampaikan ialah :
      • Draf kertas cadangan bagi sistem.
      • Penyediaan Borang Profil Pelajar
      • Pelaporan dan Analisis
  2. Draf awal telah dapat disiapkan dan akan dimurnikan dalam perjumpaan akan datang.
    •  


MESYUARAT PROSTAR BIL. 1/2012



Tarikh : 22 /2/2012
Masa   : 09:00 pagi
Tempat : Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Johor Bahru, Jalan Mahmodiah.

Agenda Perbincangan :
  1. Pengesahan minit mesyuarat Bil 2/2011
  2. Perkara-perkara berbangkit.
  3. Pembentangan pencapaian program PROSTAR 2011
  4. hal-hal lain
 
Hasil Perbincangan:

  1. Konvensyen PROSTAR Peringkat Negeri Johor (26 Jun 2012)
  2. Konvensyen PROSTAR Kebangsaan (20 - 22 September 2012: Johor sebagai tuan rumah)
  3. Latihan TOT PROSTAR (2 - 4 Mei 2012)
  4. Pra bengkel Pertandingan Web PROSTAR (24 April 2012)

Isnin, 20 Februari 2012

PELANCARAN PROGRAM RAHSIA & MINGGU ANTI DADAH 2012


Majlis pelancaran Program Minggu Anti Dadah dan Program "RAHSIA" Peringkat Negeri Johor 2012 Johor telah disempurnakan oleh Tn Hj Mansor Bin Abd. Aziz., wakil rasmi Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat pada 20 Februari 2012.
Semua pegawai PPDa negeri dan daerah hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah pegawai dari AADK, Pegawai Perhubungan Polis, YDP PIBG �serta pengetua bagi sekolah-sekolah perintis Program "RAHSIA" bagi daerah Batu Pahat. Majlis pelancaran bermula pada 8.30 pagi. Antara pengisian yang diselitkan dalam majlis ini ialah membacakan perutusan Minggu Anti Dadah, deklamasi sajak, persembahan koir dan lafaz ikrar Anti Dadah.


Untuk pertama kalinya, Program "RAHSIA" dilaksanakan khas untuk semua pelajar Tingkatan 4 SMK Dato Syed Esa. Dalam program ini pelbagai perkongsian maklumat dan input yang banyak untuk para peserta telah disampaikan oleh wakil JPNJ dan AADK. Soal selidik juga turut dijalankan dalam program ini. Pihak urusetia program juga berkesempatan ditemuramah secara langsung oleh pihak Radio Johor FM dalam usaha untuk mewar-warkan program ini kepada seluruh masyarakat di negeri Johor. Kerjasama erat daripada pihak penyiaran ini amat kami hargai dan mengucapan jutaan terima kasih.
Secara kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan outcome daripada porgram ini, para peserta secara asertif dalam menzahirkan "BERANI KATAKAN TIDAK PADA "RAHSIA". Bagi pihak Jabatan Pelajaran Johor juga, kami ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih serta tahniah khas untuk warga SMK Dato Syed Esa kerana berjaya menganjurkan majlis dengan cemerlang. Akhirnya, kebersamaan kita amat diperlukan dalam merealisasikan "SEKOLAH BEBAS DADAH 2012"









Klik DISINI UNTUK MELIHAT GALERI BERGAMBAR .

PERBINCANGAN PENGURUSAN TINDAKAN PPDa JPN JOHOR

Tarikh : 19 Februari 2012
Masa   : 09:00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Batu Pahat
Agenda Perbincangan :
 1. Pelaksanaan Program Rahsia :
  • Jadual
  • Penilaian Program
  • Analisis Soal Selidik
2. Pemantauan :
  • Penarafan Kendiri PPDa
  • Pemantauan Berfokus
3. Sistem Maklumat Guru PPDa Negeri Johor

4. Pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Tindakan PPDa Negeri Johor

5. Pegawai Meja Program PPDa Negeri Johor

6. Hal-Hal Lain



En Mustafa Ibrahim, Ketua Unit PPDa sedang mempengerusikan perbincangan pengurusan tindakan yang dijalankan di PPD Batu Pahat sempena pelancaran Program Rahsia dan Minggu Anti Dadah peringkat Negeri Johor 2012

Perbincangan berjalan dengan lancar

Pengerak utama Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Antara pegawai Penyelia PPDa daerah yang hadir dalam mesyuarat

Penyelia PPDa sedang tekun mendengar dan memberikan idea dalam mesyuarat yang dijalankan

Hasil perbincangan :
  1. Jadual pelaksanaan program RAHSIA akan dimurnikan kembali dan dibawa untuk persetujuan Ketua Sektor.
  2. Borang Penilaian Program RAHSIA perlu diisi oleh peserta dan guru bagi tujuan dapatan kepada pihak urusetia.
  3. Borang soal selidik RAHSIA akan di analisis di peringkat daerah dan negeri.
  4. Penyelia PPDa perlu membuat semakan dan pemantauan mengenai dapatan penarafan kendiri PPDa yang telah diisi oleh pihak sekolah.
  5. Pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Tindakan PPDa Negeri Johor dan pegawai meja adalah seperti berikut :



Khamis, 16 Februari 2012

BERITA TERKINI:PENARAFAN KENDIRI PPDa SECARA ATAS TALIAN PPDa

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor

Masalah teknikal sistem atas talian bagi Penarafan Kendiri PPDa kembali pulih . Justeru, pohon pihak tuan membuat tindakan untuk mengisi secara atas talian dan juga boleh memuat turun borang instrumen dan  sila email ke : ppdajpnj@gmail.com. Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan komitmen pihak sekolah kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sila muat turun borang instrument ( versi excel :Klik Disini)
Pengisian Secara atas talian di : enilaippdajpnj.blogspot.com


Isnin, 13 Februari 2012

SAMBUTAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN 2012

Pengetua / Guru Besar

Sekolah-sekolah Negeri Negeri Johor

Bersama-sama ini dilampirkan surat dan perutusan bagi Sambutan Hari Antiidadah Kebangsaan 2012. Pohon kerjasama pihak tuan mengambil tindakan.

Sila muat turun :
1.Surat
2.Perutusan

Jumaat, 10 Februari 2012

Taklimat Program RAHSIA Di SMK Tun Sardon, Rengit.

Taklimat sedang diberikan..
En Aziz sedang memberikan ucapan..
Sebahagian guru-guru yang hadir dalam taklimat di SMK Tun Sardon

Guru-guru yang hadir dalam taklimat Program Rahsia

Antara sebahagian pegawai PPDa dan AADK yang hadir dalam taklimat program


Khamis, 9 Februari 2012

PERKONGSIAN MAKLUMAT MENGENAI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Sila layari : http://kenali.net/ untuk mendapatkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah.

Rabu, 8 Februari 2012

PEMANTAUAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

Pengetua / Guru Besar

Sekolah-sekolah Negeri Johor

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor sedang berusaha untuk memantapkan pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah bagi memastikan Indeks Prestasi Utama (KPI) “Sekolah Bebas Dadah 2012 dapat direalisasikan. Untuk tujuan itu, pihak Jabatan Pelajaran Johor bercadang untuk membina Indeks Pengurusan Kualiti (IPQ) Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah-sekolah di Negeri Johor.

Bagi tujuan di atas, bersama-sama ini dilampirkan Instrumen Pemantauan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah dan pihak tuan diminta untuk menjalankan pemantauan kendiri dan seterusnya menyerahkan sesalinan instrument tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p : Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah) bagi tindakan lanjut dan mengisi markah pemantauan kendiri secara online : http://enilaippdajpnj.blogspot.com/sebelum atau pada 15 Februari 2012. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di talian 607-2311489 atau email di ppdajpnj@gmail.com Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Surat Berkaitan : Klik Disini

Sila muat turun : Instrument Pemantauan