Ads 468x60px

Selasa, 31 Januari 2012

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH – “PROGRAM RAHSIA”

Pengetua

Sekolah-sekolah Menengah

Negeri Johor

(Seperti di lampiran)

Sehubungan itu diminta Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah tuan hadir ke taklimat tersebut mengikut ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 09 Februari 2012 (Khamis)

2.2 Masa : 02:00 ptg

2.3 Tempat : SMK Tun Sardon, Batu Pahat

JKR 940, Jalan SMK Tun Sardon, Rengit

83100 Batu Pahat (No. Tel : 074241020)

Muat Turun : Surat Panggilan Taklimat


Sabtu, 21 Januari 2012

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA


Kami daripada Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga pendidikan Johor yang meraikannya. Selamat bercuti dan berhati-hati semasa memandu.


新年快了


Jumaat, 20 Januari 2012

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR BIL 1.2012


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan telah melaksanakan mesyuarat tersebut pada 19 Januari 2012 di Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn. Hj Shaharudin Bin Sharif, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor.

Ahli-ahli mesyuarat yang dijemput hadir ke mesyuarat ini adalah terdiri daripada Ketua-ketua Unit SPK Daerah, Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah dan Penolong Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid Daerah. Turut hadir dalam mesyuarat ini dalah wakil daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor.

Antara fokus dan perbincangan bersama dalam mesyuarat ini adalah seperti Pelaksanaan Program "RAHSIA" , Perancangan Program PPDa tahun 2012, Pembugaran One Stop Center PPDa, Indeks Pengurusan Kualiti (IPQ) Pendidikan Pencegahan Dadah dan Penglibatan dan kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Semoga segala perancangan dan tindakan susulan akan memberi impak dan outcome yang terbaik dalam merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012.

Rabu, 18 Januari 2012

Rabu, 11 Januari 2012

PENCALONAN PERTANDINGAN SUDUT/ LORONG/ BILIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI 2012

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor

Untuk makluman pihak tuan, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan pertandingan tersebut bermula pada bulan Mac 2012. Proses pemantauan dan penilaian akan diadakan bagi memilih calon yang akan mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Sehubungan itu, pohon kerjasama pihak tuan mengenalpasti sekolah-sekolah yang berpotensi sebagai calon bagi pertandingan peringkat negeri tersebut. Sila lengkapkan maklumat pencalonan secara online di laman sesawang : http://ppdajpnj.blogspot.com/ sebelum atau pada 31 Januari 2012. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah  di talian 607-2311489 atau email di ppdajpnj@gmail.com  Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sistem Pencalonan Online : Klik Disini

MEREKAYASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor


Untuk makluman pihak tuan, selari dengan visi “Sekolah Bebas Dadah 2012”  Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor ingin memastikan semua sekolah-sekolah negeri Johor memperkasakan mutu pengurusan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan pelaporan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah.

Sehubungan itu, adalah diharapkan pihak sekolah dapat mematuhi surat-surat pekeliling dan surat berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah dalam pelaksanaan program. Pihak sekolah juga perlu mengunapakai Buku Panduan Pelaksanaan  Pendidikan Pencegahan Dadah yang telah dibekalkan ke sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan utama.

Adalah diharapkan, sekolah-sekolah Negeri Johor mengekalkan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah 2012”. Sebarang pertanyaan dan cadangan  sila hubungi Unit Pendidikan Pencegahan Dadah  di talian 607-2311489 atau email di ppdajpnj@gmail.com  Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila muat turun surat berkaitam : Klik Disini

Selasa, 10 Januari 2012

PENGISIAN MAKLUMAT GURU PENYELARAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR 2012


Sila Klik Disini  untuk tujuan pengisian.

Surat Berkaitan 

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH NEGERI JOHOR BIL 1/2012


Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman pihak tuan,  mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 18 Januari 2012 (Rabu)
Masa : 09:00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Johor (Bangunan Lama)
Kehadiran :
Penolong PPD SPK
Penolong PPD Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid
Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah/ Jurulatih Utama PPDa
Agenda Mesyuarat :
-Ucapan Aluan Pengerusi
-Perancangan Program Tahun 2012
    -Pembentangan Program RAHSIA
    -Hal-hal Lain
Pengerusi Mesyuarat : Tn. Hj Shaharudin Bin Hj Sharif
Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Pencatat Minit : Penyelia Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Johor Bahru

Surat Panggilan Mesyuarat