Ads 468x60px

Rabu, 23 November 2011

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN OPERASI SEKOLAH BEBAS DADAH 2012

Tarikh : 30 November 2011 (Rabu)
Masa   : 09:00 pagi
Tempat : PKG Bandar Kluang (SK (L) Bandar Kluang)

Kehadiran : Semua Pegawai PPDa Daerah Negeri Johor

Keperluan :

  • Sila bawa bersama laporan aktiviti di peringkat daerah
  • Borang ADIUB
  • Cadangan perancangan aktiviti PPDa di peringkat daerah

Khamis, 10 November 2011

KONVENSYEN PROSTAR SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011



Program ini telah dilaksanakan pada 8 November, 2011 bertempat di Auditorium, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Seramai 117 ahli PROSTAR sekolah dan 38 orang guru penasihat terlibat dalam program ini. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Shaharuddin Bin Hj Sharif, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan.

Sepanjang konvensyen ini berlangsung, beberapa pertandingan telah diadakan iaitu, pertandingan projek inovasi, aktiviti prostar, tokon prostar dan sekolah cemerlang prostar. Berikut adalalah keputusan penuh pertandingan ;-

INOVASI
KETIGA SM VOKASIONAL ,MUAR
NAIB JOHAN SMK TANJUNG ADANG, JOHOR BAHRU
JOHAN SMK LOKMAN HAKIM, KOTA TINGGI

AKTIVITI PROSTAR
KETIGA SMK KAMARUL ARIFFIN,SEGAMAT
NAIB JOHAN SMK TAMAN MOLEK , PASIR GUDANG
JOHAN SMK TUN SYED NASIR ISMAIL, JB

SEKOLAH CEMERLANG
KETIGA SMK FELDA ULU TEBRAU, PASIR GUDANG
NAIB JOHAN SMK IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU
JOHAN SMK LOKMAN HAKIM, KOTA TINGGI

TOKOH PROSTAR
KETIGA SMK IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU
NAIB JOHAN SEKOLAH TINGGI MUAR
JOHAN SMK LOKMAN HAKIM, KOTA TINGGI

Tahniah dan syabas kepada para pemenang. Pihak Jabatan Pelajaran Johor berharap agar PROSTAR sekolah terus memainkan fungsi dan tanggungjawab masing-masing untuk memberi input yang terbaik kepada rakan sebaya di peringkat sekolah.

Taklimat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Johor 2011


Pada 27-29 November yang lalu, Unit Pendidikan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengadakan pertemuan  dengan semua pegawai Penyelia PPDa daerah. Pertemuan itu diadakan di Hotel Pontian. En Mustafa Bin Ibrahim selaku Ketua Unit PPDa JPNJ telah mengetuai pertemuan itu.



Sebelum pertemuan itu, satu taklimat yang telah disampaikan oleh Tn Hj Shahruddin Bin Hj Sharif, Ketua Sektor, sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah disampaikan kepada semua pegawai yang hadir pada ketika itu. Taklimat tersebut diadakan di PPD Pontian. dalam taklimat itu, beliau banyak menerangkan tentang peranan setiap unit di Sektor Pembangunan Kemanuasiaan.


Hasil daripada pertemuan tersebut satu Program Rahsia telah dihasilkan. Program Rahsia ini adalah berbentuk ceramah bersiri yang bakal dilaksanakan di sepuluh buah sekolah menengah yang terpilih disetiap daerah. Selain daripada itu, dalam pertemuan ini juga telah banyak membincangkan tentang pengurusan dan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah yang bakal dilaksanakan.