Ads 468x60px

Khamis, 23 Disember 2010

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS KETUA UNIT PPDa JPNJ


Khamis, 23 Disember 2010

Satu majlis penyerahan tugas sebagai Ketua Unit PPDa JPNJ telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pusat Kokurikulum JPNJ. Majlis penyerahan tugas melibatkan En. Mohamed Shuhaimi Bin Abd Rashid dan En. Mustaffa Bin Ibrahim dan disaksikan oleh Tn Haji Shahrom Bin Sukari, Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan. Majlis juga diraikan oleh beberapa orang penyelia PPDa dan mantan pegawai PPDa.
Menjadi harapan semua, agar PPDa Johor terus cemerlang di bawah kepimpinan yang baru. Tahniah dan syabas kepada En. Mustaffa Bin Ibrahim dan kepada En. Mohamed Shuhaimi Bin Abd Rashid, jasamu tetap dikenang.

Ahad, 19 Disember 2010

UCAPAN TERIMA KASIH DAN SALAM PENGHARGAAN


Bagi pihak semua pegawai PPDa Johor, kami mengucapkan terima kasih dan syabas diatas pelantikan En. Mohamed Shuhaimi Bin Abd Rashid kerana menjawat jawatan baru sebagai Ketua Unit, Naik Pangkat JPNJ berkuatkuasa 16 Disember 2010. Semoga tuan akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


PERGERAKAN PEGAWAI PPDa JOHOR

Sukacita dimaklumkan beberapa orang pegawai PPDa telah digerakkan kepada jawatan lain seperti ketetapan berikut :

  1. En. Mohamed Shuhaimi Bin. Abd Rashid, Ketua Unit PPDa JPNJ digerakkan ke Ketua Unit, Naik Pangkat JPNJ.
  2. En. Abdul Aziz How Bin Abdullah, Pegawai PPDa PPD JB digerakkan ke Penolong PPD Teknik dan Vokasional (Rendah) PPD JB.
  3. En. Sabri Bin Sulaiman, Pegawai PPDa PPD Mersing digerakkan ke Penyelia Kokurikulum PPD Mersing.
  4. En. Norafazi Bin Ja'afar, Pegawai PPDa PPD Pasir Gudang digerakkan ke GPK HEM SK Masai Pasir Gudang.
Tahniah dan syabas kepada semua pegawai PPDa yang terlibat.