Ads 468x60px

Isnin, 18 Januari 2010

PENCALONAN CALON ANUGERAH SLAD KPM 2010

Pohon kerjasama kepada semua Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor bagi mencalonkan pelajar yang layak diberikan sijil anugerah Skim Lencana Anti Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Sila buat pencalonan calon secara online. Klik Disini.

Khamis, 14 Januari 2010

Salam Tahniah dan Terima Kasih


Pengurusan PPDa Peringkat Negeri Johor mengucapkan tahniah dan terima kasih Tn. Haji Azlang Bin Mohd Nor, mantan Pegawai Khas PPDa Segamat dan En. Hesam Bin Mohd Kasron, mantan Pegawai Khas PPDa Kota Tinggi yang memberi khidmat yang cemerlang sepanjang perkhidmatan di dalam Pendidikan Pencegahan Dadah.

Jumaat, 8 Januari 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PPDa NEGERI 1/2010


Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri Johor bil. 1/2010 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Januari 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pg
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Segamat

Kehadiran : Semua Pegawai Khas PPDa , Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor.

Pada mesyuarat ini juga , En. Abdul Aziz Bin Hj. Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan telah menyampaikan Sijil Anugerah Kualiti Pengurusan JPNJ kepada semua pegawai PPDa Negeri Johor.

Jumaat, 1 Januari 2010

PERTUKARAN PEGAWAI PPDa TERKINI

  1. En. Rosli Bin Puteh, Pegawai Khas PPDa Kulai bertukar ke Pegawai Khas PPDa Segamat
  2. En. Hesam Bin Mohd Kasron, Pegawai Khas PPDa Kota Tinggi bertukar ke Pegawai Khas Menengah Kota Tinggi.
  3. En. Zakaria Bin Ahmad, Guru SK Laksamana bertukar ke Pegawai Khas Kota Tinggi
Bagi pihak semua rakan-rakan, ucapan tahniah dan syabas di atas pelantikan tersebut. Kepada En. Hesam, semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya. Bagi En. Rosli pula, walaupun bertukar tempat bertugas, namun kecemerlangan yang dicapai semasa bertugas di PPD Kulai akan diteruskan dan bertambah gemilang.

Ikhlas daripada : PPDajb

SYABAS DAN TAHNIAH

Ucapan tahniah dan syabas kepada Semua Pegawai Pendiikan Pencegahan Dadah Negeri Johor atas penganugerahan, Anugerah Kualiti Pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Semoga ianya menjadi peransang untuk mengukir kejayaan yang lebih gemilang.